Wednesday, May 30

Muslimat & Kekuatan dalam Perjuangan

.بسم الله الرحمن الرحيم




وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.


( Al Anfal 60 )

MUQADDIMAH

Hadaf / matlamat kita adalah untuk memastikan musuh – musuh Allah yang terdiri daripada golongan mustakbirin dan Jabbaarin , gentar dan tunduk kepada ugama Allah swt. Justeru itu , kita mesti memiliki kekuatan semampu mungkin untuk mencapai hadaf kita. Kekuatan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kategori ·

قوة المآدي - terbahagi kepada قوة المالي و الجسمي ·
قوة الروحي - terbahagi kepada قوة الإيماني و الفكري
Kesimpulannya , Allah swt. mengarahkan orang – orang yang beriman dengan kalimah و أعدوا ( dhomir jama’ pada kalimah tersebut kembali kepada ayat 45 dalam surah yang sama – Al Anfal )


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

( Al Anfal 45 )
Sifat orang beriman ialah thabat ( teguh ) dalam perjuangan untuk menjulang panji kalimatul haq dan ianya adalah satu daripada syarat kemenangan .


وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

( Al Ahzab 22 - 23 )
Muslimat yang dihormati sekelian .

Perlu disedari dan diinsafi bahawa muslimah adalah sayap kiri perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Suatu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( At Taubah 71 )


عن عائشة رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَال . رواه الإمام أحمد و أبو داود و الدارمي و ابن ماجه
“ sesungguhnya perempuan adalah saudara kandung lelaki ”

Lantaran itu muslimat semestinya berfungsi dan beraksi , mengurus dan mentadbir perlaksanaan الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر, Justeru ia suatu kewajipan. Namun suatu reality yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir. Ianya tidak semudah yang diungkapkan. Ia adalah suatu operasi ( kewajipan ) yang terdedah kepada tentangan yang mencabar.

Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah.
Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi.
Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan konspirasi musuh yang tidak pernah mengenal simpati.

Muslimat yang dimuliakan,

Projek الأمر و البهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak, mampu merentasi resiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman.

Projek الأمر و النهي ini memerlukan صفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah muslimat cemerlang ).

Projek ini akan gagal ! kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu muslimat yang penakut dan lemah jiwanya.

Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu muslimah yang lesu , beku,dan jumud. Dalam ertikata lain mereka adalah “makhluk perosak” yang menggagalkan strategi perjuangan ini. ( Mereka adalah muslimat yang pasif, naih, laih dan dhoif ).

Persoalannya….bagaimana kita mahu melahirkan Muslimat Cemerlang ini ? Maka risalah ini menjawab segala-galanya.

Muslimat yang dihormati sekelian.

Jawapannya ialah paduan tiga kekuatan. Kekuatan Jismiyyah , Kekuatan Ruhiyyah dan Kekuatan Fikriyyah. Tiga kekuatan ini melahirkan Muslimah Cemerlang. Kekuatan Jismiah / Fizikal Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, muslimat perlu masuk kelab bina badan, Kelab Karatedo/ Taekwando / Ju Do dan sebagainya.

Tetapi ia bermaksud muslimat perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba.


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ


Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.


( Muhammad 31 )


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


( Al Ankabut 2 - 3 )

Kekuatan / keupayaan fizikal yang memungkinkan muslimat menunaikan ibadah dan aktiviti taqarrub Ilallah. Hal ini memaksa muslimat menjaga kekuatan fizikal / agar tahap keupayaanya mengizinkan muslimat tampil kehadapan , menghadapi segala kemungkinan.


Ertinya kesihatan dan kemahiran fizikal adalah dua tahap keupayaan yang mesti dimiliki dan ditingkatkan kualitinya. [1] Kita tak mahu gerak kerja dakwah tergendala kerana 2 tahap keupayaan ini terlalu rendah.

Contoh: Apabila kita nak menyusun program / aktiviti , pelbagai alasan yang kita terima dari muslimat sakit kepala, sakit perut, tak pandai komputer , tak ada pengalaman dll. Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan muslimat lari dari tugas perjuangan. Muslimat yang dihormati sekelian.

Muslimat hari ini mesti bersiap sedia. Cabaran Abad ini memaksa kita untuk segalanya. Jangan sampai muslimat terkepong dalam susuk tubuh keperempuanan yang lemah. Sebaliknya…. Jadilah serikandi laksana Sofiyyah rha. [2] Perjuangan masa kini memerlukan muslimat mampu mengendali tugas-tugas dakwah dan mahir mengurus sarana dakwah.(Komputer, pidato, menulis dll ).

Hapuskan reality negatif bahawa sebahagian besar hidup muslimat adalah lemah/sakit. Sebaliknya jadilah Muslimat yang sihat, cergas, cerdas dan berenergy untuk mengharungi badai perjuangan.

KEKUATAN RUHIYYAH


Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim. Sebagaimana bidalan Hukama’


رُهْبَانُ في اللَيْلِ وَ فُرْسَاُن بِالنَّهَارِ


" Rahib di malam hari dan kuda yang tangkas di siang hari"


جُنْدِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العَمَلِ وَ صُوْفِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العِبَادَة


“ Tentera yang berdisiplin dalam menjalankan tugas dan sufi yang abid dalam melaksanakan ibadat"


Ruh ibarat nadi , menjadi dinamo untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Persediaan Ruhiyyah ini juga adalah suatu kewajipan utama apabila ia dibias oleh statement Ilahi:


يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا


Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).


( Al Muzammil 1 - 5 )

Kekuatan ruh adalah asas kelangsungan perjuangan untuk merealisasikan projek الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر .Ia juga satu kuasa dalaman, laksana antibody yang yang mampu mengawal diri dari terjerumus dan terseleweng.

Suatu kuasa yang menyebabkan muslimah takkan menyerah kalah kepada musuh. Sejarah agong mencatatakan bagaimana Asma’ binti Abu Bakar pada suatu ketika anaknya Abdullah Ibnu Zubair pulang kerumah walhal ia sedang berperang dengan tentera Hajjaj Yusuf Assaqafi. Asma’ dengan tegas menyatakan :


الشَّأْنُ شَأْنُكَ يَا عَبْدَ اللهِ وَالَّذِيْنَ قُتِلُوْا تَحْتَ رَايَتِكَ وَ إِنْ كُنْتَ إِنَّمَا أَرَدْتَ الدُّنْيَا فَلَيْسَ الْعَبْدُ أَنْتَ أَهْلَكْتَ نَفْسَكَ وِ أَهْلَكْتَ رِجَالَكَ . أَنْتَ أَعْلَمُ بِنَفْسِكَ فَإِنْ كُنْتَ تَعْتَقِدُ أَنَّكَ عَلى حَقٍّ وَ تَدْعُوْا إِلى حَقٍّ فَاصْبِرْ
وَ جَالِدْ كَمَا صَبَرَ أَصْحَابُكَ


“ Apa yang berlaku terpulanglah kepada mu wahai Abdullah , dan engkau lebih tahu tentang dirimu , maka jika sekiranya engkau yakin bahawa engkau berada di atas kebenaran dan engkau menyeru kepada kebenaran maka bersabarlah dan tabahlah sebagaimana sabarnya sahabat – sahabatmu yang telah gugur di bawah panji perjuanganmu dan jika kamu inginkan dunia , engkau telah membinasakan dirimu sendiri dan engkau telah membinasakan sahabat – sahabatmu” Khaulah rha dengan kisahnya menghantar 3 orang anaknya ke Medan Jihad. Setelah semua anaknya syahid, beliau menangis kerana tiada lagi anak untuk dihantar ke medan jihad. Zainab Al-Ghazali pula disiksa dalam penjara berkali ganda lebih dahsyat dari seksaan yang dikenakan kepada kaum lelaki. Dilepaskan anjing-anjing garang dan lapar dalam sel tahanannya. Ini semua wajah-wajah mereka yang memiliki kekuatan ruh sekalipun jasad mereka diratah dan disiat. Sekalipun nyawa terpaksa berpisah dari badan. Namun menyerah kalah / tunduk kepada kuasa taghut dan pengaruh nafsu tidak sama sekali. Kekuatan ruh bererti kekuatan kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. beriltizam dengan amal Islami dalam apa jua situasi .


انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.


( At Taubah 41 )

Kekuatan ruh jua bererti optimis bahawa مستقبل لهذا الدين Yakin Islam pasti menang. Justeru itu muslimat tidak sewajarnya merasa lemah.


وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ


Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

( Ali Imraan 139 )

Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. Selayaknya kita turut mencontohi mereka. Demikianlah anjuran Imam Malik rhm .


لا يَصْلُحُ أخِرُ هذِهِ الأُمَّةِ إلاّ بِمَا صَلُحَ بِهِ َأوَّلُهَا


“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemmilang”


Apa yang penting kita mesti memiliki 3 prinsip :


1. Iman dan Tawakkal maksudnya Yakin menang dan serah kepada Allah. ( rujuk surah Al Ahzab ayat 22 ) ·
2. Tegas : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( sila rujuk surah Al Ahzab ayat 23 ) ·
3. Teruskan Dakwah & Istiqamah.


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا
وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.


( Fussilat 30 )

Muslimat yang dihormati,

KEKUATAN FIKRAH

Ummat Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk غزوة الفكري . lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.


وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ


"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."


( An Nahl 89 )

Ancaman غزوة الفكري abad ini semakin sengit sementara mufakkir-mufakkir Islami semakin berkurangan. Ini suatu fenomena yang amat membimbangkan kita. Gejala Juhala’ berleluasa, pengangguran otak sampai ketahap bahaya . Merka hanya rasa memadai mendapat sandaran mahasiswa/wi , Dr, Prof. dan lain lain , tetapi malas berfikir menatang amal Islami. Mereka guna sandaran ini untuk cari makan.

Kelemahan ini menyebabkan benteng ummah kian rapuh (mudah ditembusi dengan pelbagai helah licik golongan orientalis). Kita mesti bina kekuatan fikriyyah ini, terutamanya muslimat , ( satu pihak yang pada realitinya amat terkebelakang.) Daya fikrah mereka telalu lemah. Kebanyakan muslimat hanya fikir tentang diri sendiri , hias diri , resipi dan anak-anak. Adapun amal Islami sekadar beramal apa yang rutin.

Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah kita jua mestilah jelas dan syumul juga. Ketajaman fikrah Islami amat perlu diera kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah. Untuk membina kekuatan ini muslimat mesti berani tampilkan diri, banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah.

Apa yang berlaku muslimat terkebelakang, usahkan nak jadi pemidato Islami yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah kepada masyarakat, nak mengemukakan soalan kepada penceramah pun , muslimat masih lagi menulis dikertas untuk diajukan.

Perbincangan kita pula banyak berkisar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh temeh (yang tidak membawa manafaaat kepada jamaah seperti mengumpat, mencela dsbnya.) Perbincangan kita seharian di rumah sepatutnya membentuk biah Islamiah. Bincang soal ekonomi Islam, mujtama’ Islami dan sebagainya .

Muslimat yang di hormati sekelian,

Tiga kekuatan ini saling berantaian. Kalau hanya badan sihat , angkat tong gas larat tapi subuh gajah( lewat ) tak jadi. Kuat beribadat tapi jumud , juga sia-sia. Bukan kita sorang nak masuk syurga. Islam perlu disebarkan dan ini memerlukan pemikiran yang haraki . Kemudian . fikrah jelas, hebat berfikir tapi sakit gigi sepanjang tahun , sakit kepala sepanjang sessi , sakit urat sepanjang masa ( hanya sihat waktu nak shoping sahaja)…nak buat apa.

Akhirnya semua aktiviti dan program tergendala disebabkan muslimat tidak memiliki tiga kekuatan yang telah digariskan .

PENUTUP

Mulai sekarang muslimat jangan banyak dalih dan lengah, pastikan tiga kekuatan ini dapat dikumpulkan semaksima mungkin . Demi Islam dan perjuangannya . Bila lagi kita nak berubah dan berusaha gigih untuk memiliki kemampuan dan kekuatan ini .

Bukankah kita bercita – cita besar untuk menang dan seterusnya mendaulatkan syariat Islamiyyah di muka bumi Allah amnya dan di tanahair kita khasnya . Kalau benar ini menjadi cita – cita kita , wahai muslimat ! lupakan segala karenah dan masaalah peribadi . Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami demi masa depan ummah .


[1] Hari ini orang serang Islam melalui Internet. Siapa yang mampu kendali internet? Jangan- jangan kita ni Internet tak boleh’ hanya main Net ball sahaja yang boleh.[2] Dalam satu peperangan Rasulullah mahu kubu muslimat dikawal oleh para Sahabat sedang kubu itu berada dalam kawasan yang paling bahaya. Arahan Rasulullah tidak segera disahut sehingga Sofiyyah meluru untuk mengawal kubu yang paling bahaya itu. Akhirnya berlaku suatu pertempuran antara musuh dan Sofiah , Sofiah berjaya memenggal kepala musuh lalu dibawa pulang kepada sahabat yang lain.


 # Membina Kekuatan Untuk Terus Thabat Meniti Dugaan #

Tuesday, May 29

Mengapa PAS bersama BERS✔H 1,2 & 3


Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)

Rasulullah S.A.W bersabda : “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “. Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan  Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......”. Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain  diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.  Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England  pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.

Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim  secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: ”Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya “.

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei  seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu  di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: “Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah“.  Sabdanya lagi: ” Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal “.

PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya.  Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

sumber : Harakahdaily.

Wednesday, May 23

Sebuah Pertemuan KeranaNya ~


 .بسم الله الرحمن الرحيم

Ana cinta entunna keranaNya :)

Ketika diri mencari sinar
 Secebis cahaya menerangi laluan Ada kalanya langkahku tersasar Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan 
Bernama teman...
[Sebuah Pertemuan UNIC]

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini.
Ameen Ya Rabb.



Seruan Untuk Kembali kepada Rujukan Turath Islam

..بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah SWT yang menjadikan penyaksian ulama terhadapNya, seiring dengan penyaksianNya dan penyaksian para malaikat. Maka Dia mengangkat darjat mereka dan memberikan ganjaran yang besar kepada mereka.

Limpahan salawat dan salam ke atas Sayyiduna Muhammad, imam para ulama', penghulu orang bertaqwa, penutup para Rasul dan Nabi. Begitu juga ke atas ahli keluarga Baginda صلى الله عليه وسلم  yang suci lagi bijaksana dan para sahabatnya yang baik lagi setia, juga kepada orang yang mengikuti mereka dengan penuh ihsan kepada Allah hingga ke hari Pertemuan.

Method Ulama Dalam Penggunaan Kitab-kitab Turath

Para ulama' sentiasa berpegang dengan kitab-kitab turath terdahulu dalam bidang ilmu 
syariah dan Bahasa Arab. Meraka menghapuskan kerumitannya dengan ringkasan dan syarahan dalam bentuk prosa dan nazam sehinggalah penuntut ilmu untuk mampu menguasai dan menghafaznya dalam dalam lubuk hati mereka. Mereka juga telah membuat satu perancangan atau sukatan secara teliti sebagai bagi pengajian mereka ikuti. Mereka juga mempraktikkan manhaj yang sama untuk memelihara semua ini. Para ulama' juga memulakan pengajian mereka bersama pelajar-pelajar mereka dengan sesuatu yang palaing mudah kemudian diikuti dengan yang susah dan paling susah. Sehinggalah penuntut ilmu mampu mengumpulkan maklumat2 dan perinciannya serta menghafaznya.

suatu ketika dahulu subur dengan pengajian seumpama ini .
                                   
Sebagai contoh, dalam ilmu-ilmu bahasa Arab, ilmu pembelajaran ynag perlu dimulakan oleh seseorang pelajar ialah ilmu Nawhu seperti Matan al-Ajurrumiah yang dikarang oleh Imam al-Sunhaji, kemudian Matan Qatru al-Nada wa Ballu al-Soda yang dikarang oleh Ibnu Hisham al-Ansari, kemudian kitab Syuzur al-Zahab fi Ma'rifah Kalam al-Arab dan ada di anatara mereka memilih Matan al-Azhariah sebagai muqaddimah dlm pembelajaran ilmu Nawhu seterusnya mereka berpindah kepada Matan Alfiyyah Ibnu Malik serta kitab syarah matan tersebut disyarahkan oleh Imam Jalaluddin al Suyuti adalah kitab al-Bahjah al Mardhiyyah fi Syarhi al Alfiyyah atau syarah selain drpd kitab ini yang dipilih seorang guru bagi murid2nya. Kemudian mereka menyelesaikan pembelajaran ilmu Nawhu dgn kitab Mughni al Labib 'an Kutub al A'arib . Ini adalah mengenai ilmu tatabahasa arab.

.............

Manakala contoh lain, dalam Fiqh Mazhab Syafi'i, penuntut ilmu memulakan pembelajarannya dengan Matan al Ghayah wa al Taqrib karangan Abi Suja', kmudian disusuli dgn Matan al Muqaddimah al Hadhramiyyah serta syarahnya yg mana kitab tersebut membahaskan bab2 ibadah. Kemudian berpindah kepada kitab Minhaj al Talibin oleh Imam Nawawi dan salah satu syarah kitab ini, kitab al Manhaj oleh Imam Abi Zakaria al Ansari dan juga salah satu syarahnya Kitab al Manhaj Mukhtasar al Minhaj. Di kalangan mereka juga menghafaz Matan al Zubad yang membahaskan Fiqh al Syafi'i dlm bentuk nazam.

Demikian penuntut ilmu dpt mdalami sdikit demi sedikit pembelajaran kitab2 turath mlalui ilmu2 naqli dan aqliah d antaranya nawhu dan saraf, bahasa, sastera, tafsir, ulum al Quran, hadith dan mustolah hadith, feqah dan usul fiq, mantiq dan selainnya sehingga dapat menyempurnakan manhaj yg ditetapkan untuk menjadikannya seorang alim serta berpengetahuan luas dan mahir sehingga layak menerima ijazah keilmuan drpd guru2nya yg mana mereka drpd guru2 mereka yg ada memiliki kesinambungan sanad kpd Rasullah صلى الله عليه وسلم.

Begitu keadaannya ulama-ulama Islam dr sudut kekuatan daya ingatan, ketelitian dlm mdatangkan maklumat ilmu  dan mengeluarkan setiap permasalahan ilmu dr ambilan dan sumbernya dr kitab-kitab turath yg asal.



Kembali kepada Pengajian Kitab-kitab Turath dalam Pengajian Peringkat Tinggi

Apa yg amat mnyedihkan, ssungguhnya ramai dr klangan ulama' yg mahir dlm mggunakan kitab turath, memahami dan mengetahui uslub-uslub dgn sbenar-benar pengetahuan telah meninggalkan kehidupan dunia ini dan menuju ke negeri akhirat. Pergi juga bersama mereka ilmu-ilmu mereka. Tidak ada yg tinggal melainkan sgt sedikit dan jarang-jarang ditemui seumpama mereka. Mereka tinggal d sana sini d sstengah negara d duni Islam kita.

Apa yg perlu bg institusi ilmiah dan tarbiah kita ialah untuk kembali mengkaji dgn teliti manhaj2  pengajian tinggi, khususnya peringkat sarjana dan kedoktoran. Sesungguhnya pengajian d peringkat ini masih kekal dgn pembacaan kitab-kitab baru dan muzakkirat yg disediakan oleh pensyarah yg jauh dr perbahasan kitab-kitab turath, yg menjadikan penuntut lapangan pengajan pringkat tinggi terhalang dr memahami kitab2 turath.

Kemudian byk tesis-tesis ilmiah yg ditulis menjurus kepada pengulangan tesis-tesis ini dgn hnya mengubah sedikit drpdanya seperti tajuk dan rangka tesis. Bahkan terjadi juga kes menciplak penulisan org lain kemudian menisbahkan ia kepada penulis tesis tanpa memaparkan isyarat terhadap penulisan yang sebelumnya.

Justeru, sesungguh seruan yg dtujukan kpd pihak-pihak tertentu agar mengembalikan pengajian peringkat tinggi kepada kitab-kitab turath, menyusun manhaj pengajian yg dipelajari oleh pelajar di pengajian peringkat tinggi dgn menyenaraikan beberapa kitab-kitab turath, menjalankan ujian dgn satu ujian yg mampu melegakan hati tatkala seorang pelajar itu tlh mampu menguasai kitab-kitab turath dgn kefahaman yg baik, juga mampu merungkaikan ibarat2 serta memahami uslub2 dan istilah2nya. Dengan itu, dianugerahkan kpd pljr ijazah keilmuan sama ada di peringkat sarjana atau peringkat kedoktoran.

Wallahu'alam.

_ meniti jalan ilmu. Ya Allah, permudahkanlah bg kami _

** sebahagian drp petikan ucapan pembentangan oleh Prof. Dr. Abdur Razzaq al-Sa'adiy, Professor Universiti Al-Malakiy, Amman, Jordan.

Di dalam Seminar Antarabangsa Manhaj Nabawi 8 April 2012 Ahad.

Thursday, May 17

kcb ~


...بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.






Pesanan Tuan Guru Hj Mohd Hafidz bin Hj Selamat, " Lazimkan diri dengan kerja-kerja hamba supaya bertambah sifat kehambaan didalam hati. Tidak beroleh seseorang itu akan ilmu melainkan hendaklah ia menghambakan dirinya terlebih dahulu kerana ilmu itu tuan".





Beberapa tanda daripada tanda yang banyak tentang ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila semakin kamu menuntut ilmu, maka semakin kamu melihat cela dan aib pada dirimu.

Apabila kamu merasai bertambahnya ilmumu, maka akan bertambahlah rasa kehebatan pada dirimu. Ketika kamu merasai dirimu itu adalah di atas orang lain. Maka itu adalah tipu daya syaitan.

Hendaklah semakin bertambah kamu menuntut ilmu, semakin kamu merasai akan jahilnya dirimu. Dan merasa rendahnya dirimu itu.

                            


                     terharu melihat adab al-Habib dan Tuan Syeikh :) ana rindu !

#ketika cinta bertalaqi#

famili & iman


 ! السلام عليك 

السَّلامُ عَلى أَهْلِ لا إِلهَ إِلاّ الله مِنْ أَهْلِ لا إِلهَ إِلاّ الله

ياأَهْلَ لا إِلهَ إِلاّ الله بِحَقِّ لا إِلهَ إِلاّ الله 



Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.



Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.



Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.


:)

Wednesday, May 16

Mujahid Saya

Terima kasih Muhammad Aqeef Hadi !

Kerana setiap pagi mngejutkan ciksya bangun qiamullail ! 

Hadirnya Aqeef menceriakan cuti saya.

Praktis menjadi seorang ibu mithali & zaujah haraki (hehehe)


ketika berusia 2 mggu :)


budak aktif  sebelum usia..hihiii

Ya Allah, indahkanlah akhlaq Muhmammad Aqeef Hadi sebagaimana Engkau mengindahkan wajahnya.
Berilah Muhammad Aqeef Hadi kefahaman dalam agama.
Perelokkanlah agama Muhammad Aqeef Hadi.
Rabbana hablana minladunka zurriyyatan toyyibah, innaka sami'ud du'a.
Ameen.

# selamat berkhidmat menjadi alarm kpd ciksya :) #