Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh....
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, salam dan selawat atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan sahabat2 baginda....
sebelum melelapkan mata, seperti biasa, ana akan mencapai tafsir al-Quran ana..tuk membaca beberapa potong ayat dan terjemahannya, sebagai satu santapan untuk hati ana,,mencari pengajaran,,al-Quran dusturuna, al-Quran panduan kami! sambil membelek tafsir ana, terbaca ayat 70 dari surah al-An'am yang bermaksud:
" Dan jauhkanlah diri dari orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan Al-Quran supaya tiap-tiap diri kelak tidak terjerumus ke dalam azab neraka dengan sebab apa yang telah ia usahakan..." maksud ayat surah al-anaam ayat 70.
minda dan hati ana terus terfikir akan satu isu semasa yang hangat diperkatakan..ETP, sume tau kan? satu program yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kesayangan kita bagi memacu ekonomi negara kita! waaahh, hebat punye program tuhh...then ana ambik satu lagi tafsir al-Quran ana yg dh bg kndungn ayt2 mngikut kategorinya, baik dari segi akidah, solat, puasa, akhlak,kisah nabi dan lain2 bg mmudahkan rujukan...**mushaf al-masar**terus ana mencari ayat yg berkaitan dengan ayat yang ana bace dr tafsir yg satu lg tadi...d bwh tjuk mempersendakan agama.
dan ini ayat dari surah at-taubah yang bermaksud:
“Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu beristihza’ (bersenda gurau atau bermain olok-olok)? Tidak usahlah kamu meminta maaf. Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman”. [Surah at-Taubah: 65-66]
berbalik pada ETP tadi, adakah itu juga dikatakan salah satu usaha tuk mempermainkan agama?yes! sangat tepat..apakah sebuah negara ISLAM yg mengangkat Islam sebagai agama rasminya mahu melaksanakan program seperti itu! apakah pemimpin kita sayangi tidak tahu ia sangat bertentangan dengan agama..?
sebelum itu, ana telah berbicara dalam usrah ana pasal nie, dimana naqibah ana suruh mengulas isu semasa yang berkaitan selepas berdiskusi di bawah tajuk ISLAM sebagai AD-DEEN...ana terus membuka isu yang berkaitan IFF dan ETP ini...terus terang ana cakap, ana memang kaitkan dengan pemimpin kita! yelah, sebab ini program bwh pemimpin kita...
ok first2, pasal IFF, tidakkah ini menggambarkan sebagai mempermainkan agama?
waahh! hebat la fesyen islam sekarang!
NAH! ni plak..apa kes niee??
woww! cam gadis melayu akhir zaman!eee..cantik gak kan?
tapi adakah mereka lupa akan ayat2 Allah? atau tahu tapi buat2 x tau....masalah jugak nie kan?
nie ana nk ingatkan satu ayat Allah tentang cara pemakaian dalam Islam..ssungguhnya ayat2 al-Quran x akn berubah shingga hari kiamat, so hukum dlm al-Quran x kn berubah walau pd zaman mne pun!
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)
**teringat akan kata naqibah ana," kalau datin seri rosmah mansur ad kt depan ana, ana akan hulurkan al-Quran"..
bila isu nie, tersebar, mula la ad yang menyokong, ada yg membantah,,dalam fesbuk pn kamu semua bleh bace! ada satu komen yg pernah ana bace, " walau pun die penaung festival tue, kte xleh slh n hentamkan datin coz datin xtau sal pakaian yg ditontonkan.." tergelak gk ana bce, komen2 yg dilontarkan! aduiiii, datin kan orang Islam, datin juga penaung, knp x hentikan saje program tersebut, bukankan datin berkuasa? x pun knp datin tidak mninggalkan saja majlis itu...? bukankah apabila kita berada bersama mereka, kita juga spt mreka....
“Dan sungguh, Allah Telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Qur`an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.” (An-Nisa [4]: 140)
ramai juga mnusia di luar sane yg marah2 apabila rmai yg mngumpat dan mngutuk festival ini..ana pernah berkata dalam usrah ana, di mana al-Imam al-Nawawi berkata, 6 perkara yg dbenarkan Islam untuk mengumpat dan mnyatakan kejahatan dan kburukkn, dan salah satunya "apabila seseorang itu menzahirkan kmungkaran yg dilakukan scara terang2an maka ketika itu x mngapa kita hebah kpd masyarakat tntg kjhtn yg dlakukan.."
habis satu isu....nie pasal isu ETP..nie pun dikatakan sbgai mempermainkan agama..
kenapa? meh kite tgk ap ETP sbnrnya?
Menurut perancangan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan kelmarin (25/10), kerajaan Malaysia mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan, antara perancangannya adalah dengan penubuhan kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP, mencadang menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020.- dpetik dr akhbar harakah..
apa kes? hab hiburan malam? kelab malam? zon hiburan? hebat betul rncngn nie kn??wawawah!
eh eh eh.... baru2 nie kes pembuangan bayi yg melampau berleluasa berlaku d negara tercinta.. pastue sibuk la, cari jalan penyelesaian nk atasi, sampai datin kte k luar ngra tuk ambik contoh..al-Quran x ajar ke eh? aneh laa...pstue tertubuh plak sekolah harapan tuk atasi masalah nie..ye, bgus rancangan tue, tp apa selesai kes nie kalau kelab2 hiburan, pub2 masih ada? dan nk tambah lagi...cerdik x? x terfikirkah maksiat akan berlaku d cni? pergaulan bebas, so mula la, mngndung then buang! or msuk sekolah harapan..selesai! eh tidak! nak tarik pelancong luar ngra dtg la, nk pacu ekonomi negara! huuuhhh....ngra kafir lebih hebat lg la, xyah dt m'sia pun..fikirlah nasib anak muda kita yg bakal mencorakkan negara! di mana nilai keimanan kite?
ada mata pandang, ada akal fikir, ada hati nilai la mne baik dan buruk....
akhir dr ana...ana harap entunna sume faham apa yg ana nk sampaikan..
Akhlak merupakan salah satu unsur-unsur yang paling utama dalam ekonomi Islam. Unsur ini begitu menyerlah sehingga seorang cendekiawan Perancis mendefinisikan ekonomi Islam itu sebagai ekonomi yang berakhlak. Di samping akhlak, terdapat nilai-nilai lain yang mewarnai ekonomi Islam, iaitu nilai Rabbani (ketuhanan), nilai Insani (kemanusiaan) dan nilai Wasathi (moderat dan sederhana).
renungi dua firman Allah:
“Orang-orang Munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang daripada perbuatan yang baik. Dan mereka pula menggenggam tangannya (bersifat bakhil kedekut). Mereka telah melupakan Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang Munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” [Al-Taubah 9: 67]
Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! [al-Ma'aarij 70: 42]
SELAMATKANLAH NEGARA KAMI YA ALLAH!
p/s: atceli post ini telah lame berada dlm draft ana....dan ini hanyalah pandangan ana...
jom jadikan ISLAM sbgai AD-DEEN! cara hidup kita sume...




salam dikk...=)
ReplyDeletebagus adik k.nia sorang nie..moga jadi mujahidah unggul..
ps:-doakan k.nia yer..
masyaAllah...ana msih bljr..bru brada pd titik pertama!
ReplyDeleteinsyaAllah kak! jom sama2 CEKAL JUANG!