بسم الله الرحمن الرحيم
الحمْد لله ربّ العالمين، له النعمةُ وله الفضل وله الثناء الحسن، والصلاةُ والسلامُ الأتمّان الأكملان، على سيّدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وزخرنا ومولانا محمد أشْرف المرسلين، وعلى آله وصحبه الطيّبين الطاهرين.
Alhamdulillah, semalam berkesempatan menghadiri majlis talaqi, majlis yang penuh keberkatan, insyaAllah
MAJLIS TALAQI SEMPENA MAULIDURRASUL dari Us Muhadir. Marhaban Ya Habibi Rasulullah. Sedikit ilmu yang dapat dikongsi daripada majlis semalam:
- banyakkan berselawat dan mohon segala hajat dalam bulan mulia ini.
- dari Hasan al Basri: "Wahai manusia yang punyai hati dan sanubari, tidakkah kamu punyai rasa cinta pada Rasulullah sebagaimana pohon kurma yang begitu kasih pada Rasulullah hingga ia menangis apabila Rasulullah tidak menggunakannya lagi sewaktu berkhutbah. Pohon tamar yang tidak berakal itu begitu kasih pada Nabi, tapi bagaimana kasih kita pada baginda??"
- Sufian Ath Thauri, seorang waliyullah bertanyakan sebab kepada seorang lelaki yang sentiasa berselawat pada setiap langkahan kakinya. Jawab pemuda itu: "Jika bukan kerana hormatku padamu sebagiai waliyullah, nescaya aku takkan buka cerita ini: Suatu hari, sedang aku dalam musafir bersama ayahku, ayahku meninggal dunia dalam keadaan mukanya menjadi hitam lantaran dosa yang dilakukan sewaktu hidupnya di dunia dulu. Aku yang sedang kesedihan dan keletihan terlelap sebentar. Sewaktu tidur, aku bermimpi bahawa seorang lelaki yang sangat tampan datang kepada ayahku dan menyapu wajah ayahku dengan tangannya sehingga jasad ayahku menjadi putih kembali, bahkan lebih bagus daripada bentuknya semula dan berseri-seri dengan cahaya. Lalu aku bertanya: Siapakah kamu wahai pemuda? Maka, lelaki itu menjawab, “Aku adalah Rasulullah. Ayahmu termasuk di antara orang yang suka berselawat padaku. Maka aku akan memberi syafaat pada orang yang sentiasa berselawat padaku. Demi Allah, selepas itu masaku tidak akan berlalu begitu sahaja melainkan dengan berselawat pada kekasih Allah"
- Jika Rasulullah hidup dalam hati, nescaya kita takkan cemarkan hati ini dengan perkara maksiat. Jika Nabi itu hidup dalam hati, nescaya masa kita takkan berlalu melainkan dengan mengingati Allah. Sesungguhnya, mata kita sering terbuka, tapi hati kita selalu sahaja tidur. Bagaimana agaknya hati kita kalau mata sedang tidur? Allahurabbi..
Sempena maulidur rasul yang tidak lama lagi, ambillah kesempatan ini untuk menghadiri majlis-majlis ilmu ini..
Cintailah Rasulullah dan keturunannya kerana jika hanya berilmu tanpa Mahabbatun Nabi, hati akan menjadi ‘gersang
****nota daripada k.najah :)**
WWallahu'alam..
’.”




assalamualaikum ukhti mujahidah nur
ReplyDeletenie alia cuba2 je try nie huhu natah apa2 la alia nie
alia tak pandai ekpun maen benda pelik
kini baru lah alia sedari diri ini terlalu kun0.. huhu sedap mengata abang sendiri katak dibawah tempurung alia sendiri pun gitu gak.. haha akak baru je kol alia sakni;; tak nak cakap tadi just surprise!!