Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam serta selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat semuanya..
Sebelum itu, panjatlah rasa kesyukuran kepada Allah, kita masih diberi peluang hidup di bumi milikNya, meneruskan perjuangan kita...
" ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup (Din) yang mantap, selamat daripada segala bahaya. Kami memohon ya Allah, kecukupan daripada segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta daripada orang lain "..
MAK..adik dah faham,
kenapa masa adik kecik2 dahulu, mak paksa adik solat 5 waktu cukup sehari semalam...dan sekarang mak selalu tanya, " adik, dah solat belum?, waktu dah masuk, jangan lengah-lengahkan solat..Allah x suka".. dan kecik2 dulu, mak selalu ajak adik ke masjid or surau untuk solat jemaah...
kerana..jika mak x tegas dahulu, maybe adik tidak menitikberat soal solat seperti kawan2 adik di luar sana..
terima kasih mak...
MAK...adik dah faham,
kenapa kecik2 dahulu mak dah hantar adik mengaji al-Quran, sedangkan kawan-kawan adik yang sebaya masih lagi berseronok dan leka di waktu petang...kenapa, mak selalu mengaji di sofa bukan di bilik dari adik kecik sehingga sekarang..adik tahu, mak nak galakkan anak2 mak agar tidak leka dan tidak abaikan al-Quran...p/s: mak, adik suka sangat bila dengar mak mengaji, suara mak sentuh hati adik...
dan sekarang bila adik dah besar, mak cakap " mak tengok adik busy je duk kt kampus sekarang, mak harap adik tidak abaikan al-Quran, " adik sedih bila mak tanya cmtu..terima kasih mak kerana ingatkan adik..
kerana, lau tidak mesti adik buta al-Quran..ye mak, ada kenalan adik mase sekolah dulu x pandai baca al-Quran..
MAK..adik dah faham,
kenapa mak dah suruh adik biasakan diri mase kecik2 dulu pakai tudung, sedangkan kawan-kawan adik yang lain cantik2 ikat rambut...dan sekarang, mak selalu cakap " adik, tudung cantik2 jugak, tapi jangan lupa syarat2 pemakaian"..
p/s: adik suka tengok mak pakai tdung labuh...
kerana, lau mak tidak didik adik dulu, maybe hari ini adik free hair kan mak? ada je kawan adik-adik di luar sane yang x pakai tudung...
MAK..adik dah faham,
kenapa mak selalu ajak adik masa kecik2 dulu pergi usrah, pergi kuliyyah hari Jumaat..padahal adik tengok kawan adik lau hari jumaat, seronok menonton tv..p/s; adik suka ikut mak dulu coz adik suka berjalan...huhu..sekarang mak pun selalu tanya," adik pergi x ke majlis2 ilmu kat kampus? jangan asyik dengan laptop je, bekalan akhirat jangan lupe!", terima kasih mak..
kerana kalau mak x semai dalam diri adik nie, cintakan majlis2 ilmu, mesti adik x berminat nk pergi dengar tazkirah, ceramah agama ni kan mak...
MAK..adik dah faham,
kenapa mase adik kecik2 dulu, mak selalu pesan, " adik. dengar apa lagu2 camtue?, adik suka ke tengok artis2 camtue?" dan adik faham kenapa, time waktu cuti dan waktu petang, ayah selalu pasang mp3 ngaji syeikh saad said al-ghamidi..adik selalu nak marah dan adik selalu cakap, mesti ayah xnk bg tengok tv nie, sengaja la pasang...tapi, alhamdulillah, sekarang adik suka dengar bacaan syeikh tue ayah! adik dah save lam handphone adik 30 juzu'..dan adik x save pun lagu2 yg pelik tuh...
adik selalu dengar! tenang...sekarang pun adik tgh dgr bacaan syeikh 2!
terima kasih mak ayah!
kerana adik sekarang memang x minat pun lagu2 artis2 nie, apa lagu terbaru, siapa penyanyi terbaru..adik memang x kenal pun bila kawan2 tanya..,lau kenal pun kerana terbaca dlm paper..tapi adik x pelik pn lau x kenal dieorg kn mak ayah?
MAK..adik dah faham,
kenapa masa adik dah abis upsr dulu, mak dan ayah nak hantar adik ke sekolah agama...adik ingat lagi, adik merajuk kerana x nak ke sekolah itu, coz nak ikut kawan2 ke sekolah menengah kebangsaan..tapi adik ikut kata mak dan ayah...**bgus kan anak mak ni?? hehe.. mak suka tengok adik bljr b.arab, belajar i'dadi ( hadis, feqah, sirah, al-Quran, ibadah, tafsir )..dulu adik banyak ngafal2 hadis, ayat al-Quran tuk tafsir dan sempat hafal 1 juzu'...ibu suka kn adik dpt mumtaz dalam i'dadi? tapi, bila lepas pmr, kenapa adik tukar sekolah? ke sekolah berasrama penuh..atas kehendak diri adik sendiri, tapi kali ini mak dan ayah x tentang pun,,,tapi adik akan teruskan apa yang mak ayah pesan!
dan adik nak berazam, lepas adik kuar dari main campus dalam 5 tahun lagi, adik boleh hafal 30 juzu'..mak, ayah, doakan adik!
**story2 di atas sekadar peringatan untuk peringatan tuk diri ana akan nasihat2 mak dan ayah ana! kata2 mak dan ayah yang masih d ingatan,,,
dan insyaAllah, ana nk praktis bila adik jd ibu nanti..hihi..
p/s: mak cakap, studi dulu dik!
Apa pun, syukron! mak ayah! adik x akan hampakan mak dan ayah..
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "wahai Tuhanku, sayangilah kedua-duanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil".( al-Isra' : 24)
wallahu 'alam....=)
No comments:
Post a Comment