SELAMAT PANJANG UMUR!
“ selamat hari lahir! Smoga panjang umur & dimurahkan rezeki”
‘ hepi besday ! may Allah bless u always ‘
“ sanah helwah ya ukhti”
First2, thanx u very much to all of u,,yg telah wish hepi besday kt ana baik di wall fb, sms n email…jazakallahu khairon kathira,,,
Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah “ selamat panjang umur” tetapi “ selamat pendek umur” … mesti sahabat2 terkejut bila dapat wish camtue, lau ana pun, terkejut! ya, asal plak kn? Nak suh cpt mati k?
Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya semakin hari, semakin pendek umur kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian.
Namun, kematian bukan pengakhiran. Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi- iaitu hidup di alam akhirat. Hidup di dunia adalah mengusahakan tanaman untuk tuaian bagi hidup di akhirat sana . Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.
Jika demikian apa ada pada umur? Umur hanyalah putaran ukuran pada putaran bulan dan matahari yang dilakarkan oleh jarum jam, minit, saat sebuah arloji. Apa yang lebih penting adalah panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tetapi kualiti, juga bukan pada yang ukuran zahir tetapi pada nilai maknawi. Imam al- Nawawi, pendek umurnya tetapi “ panjang” ilmu dan abadi jasanya. Imam Syafie, Imam Ghazali.tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangannya melangkaui dekat dan abad.
Begitu juga Umar Ibn Aziz memerintah hanya lebih kurang dua tahun shaja tetapi keunggulanyamengatasi khalifah Umayyah yang memerintah lebih lama daripadanya.
Ya Allah, panjangkan usiaku..” Apakah usia boleh dipanjangkan? Jika ya, bagaimana?
Akhlak yang mulia.
Antara akhlak mulia yang sangat penting dalam konteks ini adalah menyambung tali silaturahim. Dirawayatkan Abu Hurairah r.a., kata beliau : “ aku mendengar Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :’ sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim.” ( riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Amal jariah
Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud “ apabila meninggal anak cucu adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal shaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia dan doa anak yang soleh yang berdoa untuknya.” ( riwayat Ahmad)
Jihad
Allah berfirman yang bermaksud: “ dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan sebenarnya mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya.” ( surah al-Baqarah 2:154). Yang dimaksudkan hidup di sini adalah hidup dalam alam yang lain yang bukan alam kita ini, di mana mereka mendapat kenikmatan di sisi Allah.
Lailatulqadar
Umat Nabi Muhammad tidaklah panjang sangat jika dibandingkan dengan umat-umat sebelum kita. Namun usia yang singkat ini satu rahmat, jika berhasil menemui lailatulqadar. Apa tidaknya, beribadah pada malam tersebut ibarat beribadah seribu tahun. Jadi, hidup sekejap tetapi amalan berganda!
Elakkan maksiat
Syeikh Ibrahim al-Banjuri dalam Hashiahnya bercerita bahawa usia Imam Abu Syuja’ ini sangat panjang, iaitu hingga 160 tahun! Meskipun sangat tua, namun tidak ada satu pun anggota tubuhnya yang rosak. Pendengaran, penglihatan, dan ingatannya tetap sihat seperti seorang pemuda. Apabila ditanya, apa rahsianya, ulama ini menjawab ‘saya menjaga anggota badan ini daripada maksiat pada masa muda, maka Allah menjaganya pada masa tua’.
Selamat panjang umur bererti selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambah rasa takut kepada Allah. Ya itulah maksud panjang umur. SELAMAT PANJANG UMUR !




No comments:
Post a Comment