بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. ( surah as-Saff :14)
يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لاَ يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَلاَ يَسْرِقْنَ وَلاَ يَزْنِينَ وَلاَ يَقْتُلْنَ أَوْلاَدَهُنَّ وَلاَ يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلاَ يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ فَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, – maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (surah al-Mumtahanah :12)
Salam perjuangan buat sahabat2 sekalian! post kali ini ana ingin mengulas tentang peranan muslimat dalam perjuangan...setelah mengkhatamkan buku 'MUSLIMAT PENCORAK MASYARAKAT' oleh Ustazah Asiah Ali dan ' AQIDAH DAN PERJUANGAN'..terasa ingin berkongsi apa yang dinyatakan dalam kedua-dua buah buku tersebut! setelah membaca buku tersebut, terasa diri yang kerdil ini sungguh bersemangat untuk terus melibatkan diri dalam perjuangan! Allahu akbar 3x!
setiap muslimah pendokong harakah mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan jama'ah ke mercu kejayaan. walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam!
Ana tertarik dengan sejarah bagaimana muslimat mesir yang berjuang bersama-sama sebuah jamaah Islam yang dikenali sebagai gerakan Ikhwan Muslimin, mereka sanggup menghadapi penyeksaan dalam penjara. Beliau adalah ZAINAB al-GHAZALI, pernah diseksa di dalam penjara sehingga wajahnya dilihat seperti seorang yang berusia 90 tahun sedangkan umurnya di dalam lingkungan 40-an...
Cuba kita bayangkan bagaimana pahitnya penyeksaan yang diterima oleh seorang muslimat itu. Apakah dosanya? Apakah kesalahannya sehingga ia diseksa begitu rupa? Zainab al-Ghazali disiksa d dalam bilik kurungan yang dipanaskan udaranya dan di dalam musim dingin sewaktu tengah malam dipasangkan penyaman udara dan diletakkan di atas ais serta dilepaskan anjing ganas bersama Zainab al-Ghazali. Kata Zainab al-Ghazali ketika itu : " saya tidak meletakkan harapan kepada sesiapa melainkan Allah 'Azza wa Jalla. " Anjing yang dibiarkan lapar dilepaskan di dalam bilik kurungan tersebut dan anjing itu menerkam dengan ganas dan Zainab al-Ghazali menutup mukanya tetapi anjing itu mengerti bahawa orang yang hendak dijadikan sebagai mangsa itu bukan calang2 orang. Dia adalah seorang muslimah yang mempunyai sifat kesabaran dan ketaatan yang tinggi kepada Allah. Selama beberapa jam, anjing itu menjilat seluruh tubuhnya dan dilihat pakaian putih yang dipakainya itu sedikit pun tidak terkoyak dan tubuhnya tidak sedikitpun digigit oleh anjing itu! Subhanallah.
Di dalam keadaan yang demikian Zainab al-Ghazali sempat berdakwah walaupun diseksa sehingga seorang pemuda yang dilatih khas untuk menyeksa pejuang2 Islam telah kembali kepada jalan Allah Subhanallahu wa Ta'ala setelah ia melihat ketabahan dan kesabaran Zainab al-Ghazali. Pemuda itu memanggil Zainab dan berkata : " Wahai ibuku, selama ini aku tidak pernah sujud kepada Allah tetapi selama engkau berada di dalam tahanan ini, aku ditugaskan untuk menyeksa engkau. Sepanjang yang aku perhatikan terdapat perkara2 yang luar biasa yang tidak pernah aku lihat. Oleh itu, ajarkan lah kepada aku bagaimana hendak mengenali Allah dan bagaimana sya hendak mendirikan solat serta tunduk kepada Allah 'Azza wa Jalla. " ..Zainab al-Ghazali di waktu diseksa sebegitu hebat dengan izin Allah Subhanallahu wa Ta'ala telah menyelamatkan seorang pemuda yang sesat dan hanyut oleh sistem jahiliyyah, sekularisme, nasionalisme dan sebagainya.
Sebelum mengakhiri post kali ini, sahabat2 sekalian termasuk diri ana sendiri agar sedar bahawa wanita Islam perlu menjadi contoh dalam setiap perkara kebaikan. Keperibadian wanita Islam bukan dilihat dari zahirnya sahaja tetapi merangkumi segala tingkah laku. Syakhsiyah kita hendaklah dipertahankan walau di mana kita berada, menghindarkan diri dari sebarang unsur yang boleh membawa kepada runtuhnya imej sebagai wanita Islam.
Wanita Islam juga harus dididik supaya menjadikan iman sebagai penggerak, pengukur dan neraca dalam setiap pemikiran penilaian dan ketentuan dalam tindakan. Iman menjadi dasar perjuangan muslimah. Akhir kata, mudah-mudahan apa yang ana kongsikan ini dapat menjadi renungan dalam melalui dan menerajui liku-liku hidup ke arah pembentukan Daulah Islamiyyah! InsyaAllah..Allahu akbar!
jom hayati satu syair ini wahai sabat2 ku!
kembalikan semangat juangmu!
aku iri denganmu
wahai mujahidah-mujahidah fi sabilillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang
wahai mujahidah-mujahidah fi sabilillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang
aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu
aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan
aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati
Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??
Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…
Ayuh! C E K A L J U A N G !
~ Salam Maal Hijrah 1432 ~
1 Muharram 1432


No comments:
Post a Comment