Sunday, December 12

terus C E K A L J U A N G !



الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah
dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di
sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (at-Taubah:20)

salam perjuangan sahabat-sahabaku! jam menunjukkan tepat 2.10 pagi, sebelum melelapkan mata, merehatkan badan yg agk penat menjalankan tugasan, ana ingin berkongsikan kata-kata jihad! kembalikan semangat juangmu wahai para pemuda! Allahu akbar!

Permintaanku.
Bersenang-senanglah kalian
Wahai pemuda-pemuda berjiwa singa
Jalan meraih firdaus
Terbuka lebar buatmu
Lapangkanlah dada kalian!
Raihlah ia!
Apakah dunia ini begitu kalian cintai
Sehingga membuat Ainul Mardiah ternanti-nanti?
Dengarkanlah!
Seandainya aku lelaki
Tidak akan biarkan
Bidadari bermata jeli itu ternanti-nanti
Akanku mantapkan jiwaku
Akanku siapkan jasadku
Akanku raih semahal apapun mahar buat meminangnya
Pasti! Bukan kerana nafsu serakahku
Tetapi kerana itulah janji Robbi Ilahi
Buat hambanya yang tangguh
Yang cintakan kematian
Demi meraih kahidupan!
Duhai Robbi…
Aku rindu sekali
Mencium wangian Firdausi
Menjadi seperti Khaulah al Azwar
Ummu Salamah atau Sumayyah
Pendahuluku dalam meraih syurgamu
Wahai Robbi Ilahi…
Andai pemuda-pemuda ini
Sudah tidak ,menginginkan syurgaMu
Jadikanlah aku sebagai tentera-tenteraMu!
Robbi Ilahi…
Seorang mukmin dipegang dengan kata-katanya
Kau jadikanlah aku orang-orang yang menepati janjinya
Andai saudara-saudaraku memilih
Untuk tidur dan memeluk dunia
Aku siap menjadi galang ganti
Berjuang buat Deen ini!

Allahu Akbar! 












~salam cekal juang!~
-mujahidah nur-

No comments:

Post a Comment