Tuesday, March 22

mesej daripada Allah



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمْد لله ربّ العالمين، له النعمةُ وله الفضل وله الثناء الحسن، والصلاةُ والسلامُ الأتمّان الأكملان، على سيّدنا  ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وزخرنا ومولانا محمد أشْرفالمرسلين، وعلى آله وصحبه الطيّبين الطاهرين.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kepada kita dengan nikmat iman dan Islam yang menguntum haruman yang mewangi belahan dunia, melestarikan alam ceria ini. Salam dan selawat buat Rasul junjungan yang telah bermandi peluh, memercik darah sehingga alam ini dicoret dengan keindahan Islam, mengalirkan nikmat kesejahteraan yang melimpah kepada umat manusia, menghembuskan bayu rahmat yang mendamaikan jiwa. Rasul yang menjadi ikutan kami, generasi dakwah yang mengimpikan setiap inci tanahair dipayungi dengan syariat Islam, juga Rasul yang menunjukkan suri tauladan dalam mencetak generasi pemuda dakwah  dan ratusan pemuda yang lain yang telah meninta sejarah dengan goresan emas. Salam cekal juang buat sahabat-sahabatku sekalian.


فَكُلاً أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ



Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Al-'Ankabuut 29:40).


Jumlah penduduk maut, hilang kini cecah 21,000

TOKYO: Jumlah penduduk yang disahkan maut atau disenaraikan hilang oleh agensi polis nasional Jepun meningkat kepada lebih 21,000 orang semalam, sembilan hari selepas gempa bumi besar-besaran dan tsunami melanda negara itu. 

Wujud kebimbangan angka kematian lebih tinggi daripada bencana itu yang menghapuskan bahagian besar kawasan kediaman di sepanjang pantai Pasifik di utara pulau Honshu.
Agensi polis nasional berkata 8,450 orang disahkan maut dan 12,931 disenaraikan secara rasmi sebagai hilang sehingga pagi semalam akibat malapetaka 11 Mac lalu.
Harapan untuk menemui lebih ramai mangsa terselamat di tengah runtuhan hampir tiada di tengah musim sejuk yang melanda kawasan timur laut Jepun, menutupi kawasan bencana dengan salji awal minggu ini. 

Angka kematian itu melepasi gempa dengan magnitud 7.2 yang melanda bandar pelabuhan barat Jepun di Kobe pada 1995, mengorbankan 6,434 orang. 

Gempa 11 Mac lalu kini menjadi bencana alam semula jadi paling teruk Jepun sejak Gempa Bumi Besar Kanto 1923, yang mengorbankan lebih 142,000 orang. (petikan dari Berita Harian)



 ketika tsunami melanda negara matahari terbit

 KEMUSNAHAN bandar Minamisanrikucho, yang dilanda gempa dan tsunami minggu lalu

 kuasa Allah. tiada siapa mampu menghalang.

hanya sekelip mata.hancur.musnah.



Menurut ahli agama, bencana alam boleh berlaku apabila manusia melanggar hukum syariatullah yakni dengan meninggalkan  apa yang diperintah dan melakukan yang diharamkan. Bencana alam seperti tsunami, banjir dan kemarau hakikatnya adalah Ayyamullah (peristiwa dan kejadian) yakni " bicara" Allah yang mengandungi nilai didikan kepada manusia. Jika itu dapat difahami, dihayati dan dijadikan panduan, maka hidup manusia pasti akan lebih terarah. Bencana alam bukanlah fenomena alam biasa seperti anggapan sesetengah pihak.

Tidak ada seorang pun yang sukakan bencana alam. Namun, tidak ada seorang pun yang dapat menghalang apabila ia datang menimpa. Hingga saat ini kemajuan sains dan teknologi belum dapat satu formula untuk mengatasi bencana-bencana alam. Gempa bumi misalnya, tidak dapat dielakkan ---- ia cuma dapat diramalkan atau dikesan kemungkinan bila berlakunya. Begitu juga tsunami, ribut taufan dan kemarau. Ironisnya, sering terjadi bencana alam yang tidak dapat diramalkan sama sekali. Ia datang tiba-tiba. Itulah yang terjadi di negara matahari terbit baru-baru ini walaupun negara tersebut mempunyai teknologi yang boleh mengesan tsunami!  secara langsung atau tidak ini adalah "mesej" daripada Allah s.w.t. agar manusia insaf akan kelemahan, kemungkaran dan kejahilannya. Firman Allah: 

وَمَا نُرِيهِمْ مِنْ آيَةٍ إِلاَّ هِيَ أَكْبَرُ مِنْ أُخْتِهَا وَأَخَذْنَاهُمْ بِالْعَذَابِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu tanda kebenaran Nabi Musa melainkan tanda itu adalah lebih terang dari yang terdahulu daripadanya; Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana), supaya mereka kembali (bertaubat).- (al-Zukhruf 43:48)

Justeru, ahli- ahli agama sering melihat di sebalik bencana alam itu ada banyak peringatan atau 'ibrah daripada Allah s.w.t. yang perlu disedari dan difahami oleh manusia. Mengapa bencana alam terjadi? Apakah hikmah di sebaliknya? Dan bagaimana cara sebaik-baiknya menghadapinya?

Bukan hanya bencana alam malah malapetaka yang lain seperti berlakunya penyakit-penyakit kronik seperti AIDS, kemiskinan, kezaliman dan lain-lain juga adalah akibat langsung daripada perbuatan dosa manusia. Perhatikan hadis ini : 

" Hai golongan Muhajirin, ada 5 perkara jika berlaku kepada golongan kamu ---  maka berlindung kepada Allah bila hal itu terjadi pada kamu ---- apabila suatu kaum melakukan penzinaan secara terang-terangan maka mereka akan diserang penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mreka. Bila mereka mengurangi timbangan  dan takaran, mreka  akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak penguasa. Setiap mreka yang enggan membayar zakat, mreka akan terhalang beroleh hujan dari langit. Dan kalau tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternak, tidaklah akan diturunkan hujan. Setiap mereka yang melanggar jnji Allah dan RasulNya maka mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain, yang merampas  sebahagian daripoada harta mereka. Dan selama pemimpin tidak menjalankan hukum-hukum yang terdapat dalam Kitabullah, maka sengketa akan berlaku sesama mereka " , ( riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi ).

Sekarang jelaslah bahawa bencana alam dan malapetaka dalam hidup ini bukanlah satu perkara yang berkait dengan soal2 fizikal dan material shj tetapi ia mempunyai pertalian yang erat dengan soal2 dalaman manusia seperti iman, amal ibadah, akhlak taat atau derhakanya manusia kepada Allah s.w.t.

Mari muhasabah bersama!  Tidak ada satu kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan, secara beramai-ramai , tanpa pencegahan daripada ulama2.--- melainkan pasti Allah timpakan azab seksa-Nya sebagai mehnah (didikan Allah secara langsung). Sabda Rasullah s.a.w. :

"Apabila harta baitulmal tidak dibahagikan kepada yang hak, dan amanah menjadi tawanan orang, dan zakat dipandang sebagai suatu denda (paksaan), belajar ilmu agama bukan kerana Allah, suami taatkan isteri, derhaka kepada ibu bapa, seseorang lebih memuliakan kawan daripada bapanya, bersuara keras di dalam masjid, orang fasiq menjadi ketua, orang yang hina menjadi pemimpin, dimuliakan seseorang kerana kejahatannya, ramai penyanyi-penyanyi, wanita, banyak alunan alat-alat muzik bertali, diminum arak daripada berbagai-bagai jenis, orang Islam kemudian melaknat orang Islam yang awal; maka apabila berlaku perkara-perkara itu tunggulah turunnya angin taufan yang dasyat, gempa bumi, sedutan bumi, bertukar rupa manusia kepada kera dan babi, lontaran-lontaran azab. dan azab akan turun satu lepas satu seperti rantai manik yang telah putus dan terburai". (Riwayat al-Tirmizi)

Oleh itu pada ahli-ahli kerohanian, punca bencana alam selain selain ia memang satu sunnatullah yang mesti berlaku sepanjang zaman, ialah : kederhakaan manusia kepada Allah. Sudah sewajarnya kita tidak hanya meneropong ke langit untuk mengesan kedatangan ribut atau taufan atau menyelam lautan untuk mengesan pergerakan kerak bumi untuk mengetahui sebab2 berlaku bencana, tetapi selamilah juga lubuk hati, sejauh mana dosa kita dengan Allah dan manusia. Bagaimana ? Mampukah kita mengesan mengesan maksiat lahir atau maksiat batin yang menjadi punca turunnya bala dan seksa?

kembali kepada Al-Quran.

Wassalam. 
rujukan : solusi isu 3.

1 comment:

  1. subhanallah..
    itulah sebhgian tanda kebesaran Allah utk hamba2Nya berfikir...
    adkh kite mahu dtimpa bala dulu, baru nk berfikir..nauzubillahiminzalik!

    ReplyDelete