Lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat? Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya. Tika itu, masih lazatkah jiwa?
hanya dua pilihanmu.
Kehidupan seharian kita tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada bera merasai kemanisan ini?da dalam maksiat atau taat. Apabila Rasullah s.a.w. menyebut tentang " halawah al-iman" (kemanisan iman) , fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri dengan Allah itu manis. Membaca al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu. qiamullail dan sebagainya, semua itu manis. Namun mengapa sukar benar??
Mungkin kerana hati kita sedang berlazat-lazat dengan maksiat hinggakan maksiat itu trasa manis. Maka, hilanglah lazat dalam ketaatan. Bahkan ketaatan terasa tawar dan pahit. Taat dan maksiat takkan bertemu dalam situasi hati yang sama. Persoalannya, lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat? Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah kita melakukannya. Tika itu, masih lazatkah jiwa ? Mari kita telusuri beberapa akibat maksiat.
Tidak Memberi Cahaya dalam Hidup
Usia remaja seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh. Seterusnya proses menuntut itu berterusan sehingga ke liang lahad. Namun, jika hidup disibukkan dengan maksiat, masihkah ada ruang untuk ilmu melekat? Mungkin ada yang keliru, ' Kenapa ada kawan saya ini, nampak enjoy elalu, tapi bila peperiksaan dapat cemerlang juga??". Banyak tafsiran yg boleh dibuat daripada situasi ini. Remaja itu mungkin tidk nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan diri bergelumang maksiat, ilmu itu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia mahupun di akhirat..
mereka yg sentiasa dahagakan ilmu.
Kalau betul pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka harus difahami bahawa itu nasibnya ketika itu sahaja. Sikap itu tidak akn mnjamin kjayaannya pada masa akn datang. Sijil yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akn kemana-mana. Jadi mengapa harus memilih untuk meniru maksiatnya? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dgn mlakukan maksiat? SAH!! kena tipu dek syaitan! Imam al-syafi'i prnah mngadu kepda gurunya Waki' mengenai hafalannya yang terjejas. Waki' lantas menasihatkannya, "Tinggalkan maksiat".
Disempitkan Hidup
Sama ada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit. Wahai sahabat-sahabatku, adakah anda melihat si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya? Adakah artis yang terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan itu tenang hidupnya?
TIDAK! TIDAK! Jiwa mereka akan jatuh miskin kerana maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian di hati. Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar trhadap kebimbangan akibat daripada maksiat. Bukan sahaja Allah menghukum, malah d dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih menempuh jiwanya apabila ditikam perasaan terasing..Lebih2 lagi apabila keluarga dan kawan menjauhkan diri daripadanya. Dia tentu bertambah sukar menghindari maksiat malah mencari penyelesaian dengan maksiat baru pula.
Maksiat itu bukan saja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Iman Ahmad diriwayat kan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ;
" Sesungguhnya seorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya."
Jelaslah ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.
Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggotabadan. Apbila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermatlamat. Ahli maksiat biarpun badan kuat, tetapi hatinya lemah dan mudah gelisah. Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tamadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lengkap namun masih dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang kuat hatinya.
sinarnya hati mukmin itu dengan cinta yang hakiki. cintakan Allah.
Abbdullah bin Abbas berkata:
'Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah sinar, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya".
Paling menakutkan ahli maksiart akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal:
" Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini! ". ( surah al-Fajr 89:24)
renungan bersama~
"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)
nota tambahan:
pesan ustadzuna : " janganlah kamu x membaca al-Quran dalam sehari dan hadith dalam masa 3 hari, kerana itu menyebabkan hatimu menjadi keras. "..
peringatan buat dirimu dan diruku jua.
wallahu'alam..
~mujahidahnur :) ~
**sumber : solusi isu 23



No comments:
Post a Comment